Thursday, July 29, 2010

Rasuah


Pada zaman moden ini , tiada negara yang dikecualikan oleh masalah rasuah dan masalah ini telah menjadikan sebagai “ penyakit kanser “ yang serius di kalangan masyarakat . Rasuah dapat didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya . Masalah ini telah menjadi satu amalan atau kebiasaan di sektor awam dan juga swasta . Sebagai buktinya , sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’ .
Kebanyakan punca rasuah disebabkan oleh fator individu sendiri . Kelemahan sifat peribadi merupakan satu masalah yang sukar untuk ditangani . Kelemahan sifat peribadi disebabkan oleh kurang iman dan kurang takwa . Orang yang bersikap tamak dan ingin cepat kaya biasanya akan menerima suapan daripada pemberi rasuah kerana mereka sudah kehilangan sifat amanah dan juga kawalan diri mereka .
Selain daripada punca kelemahan sifat peribadi , kekurangan pengangan agama juga akan menyebabkan timbulnya masalah rasuah . Mereka tidak percaya terhadap tuhan atau Allah mereka dan fenomena ini akan menghilangkan kerohanian mereka dan juga memberi keberanian untuk mereka menerima suapan .
Faktor kepimpinan , sistem pentadbiran dan dasar juga merupakan salah satu punca rasuah . Kekurangan kepimpinan dalam sesebuah oraganisasi akan menyebabkan pekerja lain mengambil kesempatan untuk rasuah . Kekurangan kawalan terhadap organisasi seperti kelemahan dari segi pemantauan atau penurunan kuasa yang banyak akan memberi peluang kepada pihak atasan untuk rasuah .
Faktor modenisasi pun telah menjadi punca dalam masalah rasuah . Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat . Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya . Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan . Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran , melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya .
Masalah rasuah telah memberi pelbagai kesan kepada negara , masyarakat dan juga individu sendiri . Kesan rasuah kepada negara akan menjejaskan kecekapan pentadbiran negara dan seterusnya akan menyebabkan negara menjadi kuncar-kacir . Contohnya , seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung .
Selain daripada menjejaskan sistem negara , ekonomi negara juga turut dijejaskan . Fenomena ini disebabkan oleh pihak yang memberi rasuah akan menganggapkan rasuah sebagai satu perbelanjaan dan belanja ini akan dipindahkan kepada semua penggun dan ia akan menyebabkan harga barang naik dan membebankan pengguna . Selain daripada harga barang naik , mutu kualiti produk juga akan menurun disebabkan pengeluar menurunkan kos untuk memberi rasuah , ia menyebabkan organisasi tidak cekap . Masalah ini akan menurunkan pendapatan negara .
Imej negara juga turut dijejaskan . Setiap tahun , Corruption Perception Index ( CPI ) akan memaparkan negara yang menpunyai masalah rasuah mengikut markah yang diberi . Di Malaysia pada tahun 2008 CPI telah menunjukkan sebanyak 5.1 tetapi telah menurun kepada 4.5 pada tahun 2009 . Ini dapat menunjukkan masalah rasuah di Malaysia amat serius pada masa kini .
Selain itu , kesan terhadap masyarakat juga semakin serius . Rasuah akan menyebabkan ketidakadilan kepada masyarakat disebabkan oleh “ Siapa kaya dia dapat “ . Fenomena ini akan membebankan orang miskin dan meningkatkan kadar kemiskinan disebabkan sumber-sumber telah diambil oleh orang yang kaya melalui rasuah .
Selain daripada ketidakadilan kepada masyarakat , rasuah juga akan menimbulkan masalah sosial yang lain disebabkan rasuah . Masalah rasuah ini akan melemahkan penguatkuasaan terhadap undang-undang dan memberikan peluang untuk menimbulkan jenayah lain seperti pelacuran , cetakan wang palsu , penggelapan wang dan lain-lain .
Masalah rasuah ini dapat ditangani jika mengambil langkah-langkah yang sesuai . Masalah ini dapat ditangani awal menerusi pendidikan . Pendidikan seperti , keburukan rasuah , undang-undang , hukuman terhadap rasuah dan lain-lain ke dalam silibus peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah supaya dapat menimbulkan perasaan benci terhadap kegiatan rasuah .
Kerajaan juga boleh mengetatkan undang-undang mengenai rasuah supaya dapat menakutkan orang yang menerima atau memberi rasuah . Sebagai contohnya , menerima rasuah akan mengenakan hukuman mati ataupun penjara selama-lamanya .
Organisasi juga boleh meningkatkan gaji pekerja supaya motivasi mereka dan ia akan mengurangkan kadar rasuah di organisasi . Selain daripada naik gaji , organisasi juga boleh memberikan kawalan yang ketat seperti pembahagian kuasa kepada pihak tertentu ataupun mengetatkan pemantauan terhadap pekerja supaya pekerja dalam organisasi tiada peluang untuk rasuah .
Sebagai kesimpulannya , Kesan-kesan daripada rasuah dapat menjejaskan imej negara dan juga individu sendirinya . kita perlu menjauhi daripada gejala rasuah ini dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteraskan masalah rasuah ini . Kita perlu meningkatkan nilai-nilai murni ini dan juga menghayati ajaran-ajaran agama masing-masing supaya dapat mempertingkatkan sifat peribadi .


“Bersama Membangun Negara Dengan Menjauhi Amalan Rasuah”



Name : Lau Sau Chien
No.Matrik : S206011

No comments:

Post a Comment