Saturday, July 31, 2010

PEMBUANGAN BAYI




Saban hari, kita dapat mendengar kes pembuangan bayi yang menyedihkan dari televisyen,akhbar, radio mahupun internet hampir setiap minggu.Mereka dijumpai di tong sampah, lubang tandas ,tempat membuangan sampah dan tempat awam yang lain-lain.Ada yang bernasib baik dijumpai hidup namun kebanyakan ditemui mati.Inilah perbuatan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan merendahkan harga sesebuah nyawa.Mereka sanggup mengorbankan anak mereka supaya tidak diejek dan dicaci oleh orang lain.Yang lebih meyedihkan ialah perbuatan yang tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan ini kebanyakkan dilakukan oleh remaja-remaja.Inilah yang membimbangkan kerajaan dan seluruh negara. Adakah remaja pada hari ini sudah berubah?Berubah menjadi sebuah makhluk yang tidak berperikemanusiaan,tidak bermoral dan tanpa perasaan prihatin.

Dalam Era Web 2.0 ini, teknologi maklumat semakin berkembang dan merangkumi ke banyak aspek dari bidang perubatan hingga tentera.Dengan World Wide Web,semua teks,maklumat,imej,informasi dari seluruh dunia boleh didapati dengan mudahnya dalam jari seseorang.Ini mempercepatkan perkembangan globalisasi. Namun ini juga menyebabkan penerapan fikiran-fikiran maksiat terutamanya aktiviti seksual dan pergaulan yang bebas. Remaja-remaja telah terdedah dengan fikiran-fikiran ini dan dipengaruhi untuk melakukan zina dan seks bebas.Mereka tidak memikirkan kesannya dan hanya mengikuti kegembiran diri sendiri.Akhirnya yang dikorbannya ialah bayi-bayi yang dijumpai.Haruskah kita mempersalahkan teknologi maklumat yang makin bercanggih pada hari ini? Pada pendapat saya, tidak boleh menafikan terdapat tanggungjawab oleh internet, televisyen dan multimedia yang lain,tetapi yang pentingnya adalah pemerhatian dan pendidikan terhadap remaja-remaja tersebut.

Untuk membasmi gejala pembuangan bayi ini daripada lebih meleluasan dalam negara kita,perlulah kita mengkaji dan mencarikan punca-punca masalah pembuangan bayi ini supaya dapat ditangani dengan berkesan. Dapat diketahui, antara punca yang utama ialah kehamilan yang tidak diingini dan perhubungan seks rambang dan luar nikah.Wanita atau lelaki ini melakukan perzinaan sesuka hati dan tanpa rasa tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.Mereka sanggup mengorbankan anak mereka supaya dapat meneruskan kehidupan mereka dan menahankan maruah sendiri.

Ada sesetengah individu yang salah anggap semua orang yang melakukan gejala pembuangan bayi ini tentulah adalah mereka yang berpendidikan rendah dan berasal daripada keluarga miskin. Namun mengikut penyelidikkan,mereka yang berpendidikkan tinggi,misalnya siswa atau siswi IPT merupakan peratusan yang tinggi dalam melakukan gejala ini.Adakah ini membuktikan sistem pendidikan pada negara yang kita cintai ini tidak sempurna.Tentulah bukan!Setiap sekolah berpendidikan rendah dan tinggi telah menwajibkan subjek pendidikan moral dan civil supaya mengajar pelajar bukan sahaja dari segi rohani mahupun jasmani. Oleh itu apakah sebabnya remaja yang berpendidikan ini masih melakukan gejala ini.Ini dapat dikaji daripada personaliti remaja.

Dalam umur awal remaja,iaitu 12-20 tahun, mereka berada di peringkat perkembangan emosi.Pada masa inilah mereka mula belajar mengawak emosi mereka dan mudah tertarik dengan jantina yang berbeza.Inilah masa mereka sentiasa mempunyai keinginan untuk membuktikan diri sendiri.Namun begitu,ini juga masanya mereka mudah dipengaruhi oleh barang-barang di sekeliling mereka.Antaranya ialah rakan sebaya,dadah,pengaulan bebas dan bahan-bahan lucah.Remaja-remaja ini tidak dapat mengawalkan diri sendiri dan terjerumus ke dalam jerat maksiat.Oleh itu, remaja-remaja antara umur ini haruslah diberikan pemantauan yang sempurnanya mahupun daripada keluarga atau sekolah.

Di samping itu,keluarga yang tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak jugalah pemangkin kepada masalah pembuangan bayi.Terdapat sesetengah keluarga yang mempunyai sikap materialisme.Mereka hanya mementingkan faktor-foktor kebentukan dalam kehidupan,misalnya duit,kereta mewah,rumah besar dan kehidupan yang menyelesakan.Ibu bapa ini hanya bersibuk dalam mencari duit dan tidak memberi prihatian terhadap anak-anak mereka.Namun ,duit bukanlah noktah kepada kegembiraan.Ini menyebabkan anak-anak tersebut tidak mempunyai perkembangan emosi yang sewajarnya.Oleh sebab mereka tidak mendapat kasih sayang yang sempurna daripada keluarga ,mereka mudah terpengaruh dengan barang-barang di sekelilingnya.Justeru itu, hubungan antara keluarga amatlah penting untuk membentung masalah pembuangan bayi ini.Komunikasi yang berkesan haruslah dicetuskan antara keluarga.

Untuk menurunkan peratusan kematian bayi yang dibuang,kerajaan Malaysia mula mencontohi cara yang digunakan oleh negera Jerman,iaitu “Baby's Craddle”.Kaedah ini dipraktikkan di sebuah bilik yang disediakan oleh hospital.Sasarannya ialah ibu muda yang ketakutan dan panik apabila melahirkan anak.Mereka boleh meletakkan anak mereka di “Baby's Cradle”dan ia akan diambil oleh jururawat yang bertugas dan diberikan penjagaan yang sewajarnya.Ibu-ibu tersebut boleh menuntut balik anak-anak mereka sebaik menstabilkan emosi mereka.Di samping itu, kerajaan juga melaksanaan undang-undang untuk membendung masalah pembuangan bayi ini dan menahankan hak kanak-kanak.Antaranya dalam rang undang-undang Jenayah Malaysia,sesiapa yang membunag bayi akan dijatuhkan penjara selama 20 tahun.Selain itu,di bawah Akta Kanak-Kanak 2001(Child Act)-Akta 611,dalam seksyen 17,anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga.

Namun demikian,penyelesaian yang terbaik ialah pendidikan yang menekankan kesucian hubungan antara lelaki dan perempuan.Sikap-sikap bermoral haruslah didedahkan dan ditanamkan ke dalam minda remaja sejak kecil lagi.Justeru itu, dapatlah disimpulkan,adalah tanggungjawab semua orang untuk mencegah masalah pembuangan bayi mahupan sebagai ibubapa,guru,kawan atau pihak yang atasan.Usaha harus dicurahkan untuk generasi baru kita supaya negara menjadi lebih makmur dan kebebasan daripada masalah sosial.


(763 patah perkataan)

Disediakan oleh LIM KAIH LOK(205791)

No comments:

Post a Comment