Monday, August 9, 2010

MASALAH SOSIAL
  • Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan.
  • Masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara

Sunday, August 8, 2010

Gejala Ponteng Sekolah


Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.


Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin dalam kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggirkan dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.


Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi salah satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.


Didikan daripada ibu bapa dan kekurangan ajaran agama turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.


Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan menguatkuasakan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi diselesaikan dengan cara yang terbaik.


Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan supaya berfikir secara rasional.


Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat kita. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.


Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.


Disediakan Oleh:Yoganathan A/L Nadaraju

No.Matrik:205918



Saturday, August 7, 2010

Dadah


"Banteras najis dadah’’merupakan slogan yang sering diwar-warkan oleh perdana menteri Malaysia,Selain itu, media massa seperti surat khabar, televisyen, radio, internet dan sebagainya juga main peranan dalam menyedarkan masyarakat mengenai najis dadah ini.Menurut statistik, sejak beberapa tahun ini,dadah semakin berleluasan di Malaysia dengan cepat terutamanya golongan remaja. Kebanyakan dadah akan diedarkan ke tempat hiburan seperti disko, kelab malam dan sebagainya.

Dadah juga dikenali sebagai ‘‘Enam Jahanam’’ iaitu heroin, ko kain, ecstary, kanabis, syabu dan mortin.Keenam-enam jenis dadah sangat popular dalam kalangan penagih dadah.Sebelum seseorang mengambil dadah, seseorang itu adalah perokok,kerana merokok adalah salah satu punca seseorang mengambil dadah.Apabila seseorang perokok mengambil dadah,inilah bermakna nikotin di dalam kandungan rokok itu tidak dapat menyenangkan ketagihannya.Oleh itu,seseorang perokok mula mengambil dadah kerana kandungan dalam dadah seperti heroin lebih dapat menandangani ketagihannya.

Dadah juga mempunyai kebaikan iaitu bagi bidang perubatan,pakar-pakar perubatan akan menggunakan dadah yang bersesuaian untuk menjadikan ubat,salah satu contoh ubat yang mengandungi dadah adalah ‘‘ubat penadol’’,ubat batuk dan sebagainya.Namun begitu,manusia telah mengunakan dadah untuk mencari keseronokan dan menyalahgunakan dadah sehingga membawa maut kepada diri sendirinya.

Antara sebab-sebab masyarakat,terutama golongan remaja mengambil dadah ialah sikap ingin tahu,menurut statistik,golongan remaja antara 15-19 tahun menpunyai sikap ingin tahu yang kuat.oleh itu,golongan remaja ini ingin mencuba perkara yang baru,contohnya merokok.Apabila seseorang remaja mula menghisap rokok,nikotin di dalam rokok telah menyebabkan remaja mula ketagihan.Jika rokok tidak dapat mengawal ketagihan rokok seseorang remaja,maka remaja itu akan mula beralih dari rokok kepada dadah yang dapat member keseronokan kepadanya.

Selain itu,pengaruh daripada rakan sebaya juga mudah menyebabkan seseorang remaja mudah terjerumus ke dalam aktiviti dadah.Pada mulanya seseorang itu tidak menerimanya malah membantah sekian lama akibat pujukan dari rakan sebaya telah menyebabkan seseorang remaja mudah menghisap rokok dan akhirnya mengambil dadah.Terdapat juga rakan memaksa seseorang untuk mengambil dadah.Oleh sebab itu,kebanyakan remaja mula menghisap rokok pada linkungan umur 15-19 tahun.

Tekanan dari tempat kerja,peperiksaan dan sebagainya menyebabkan seseorang mengambil dadah .Kerana mereka beranggapan apabila mereka mengambil dadah akan menghilangkan tekanan.Melalui dadah,ia akan membawa keseronokan kepada mereka yang berasa tertekan,sebagai contoh,ramai artis luar Negara mengambil dadah akibat tekanan semasa di tempat kerja dan akhirnya maut akibat dadah.

Kesan-kesan yang dibawa oleh dadah adalah membawa penyakit seperti penyakit jantung,AIDS dan sebagainya.Kebanyakan penagih dadah mendapat penyakit AIDS kerana apabila mereka sedang ketagihan,mereka tidak peduli tentang kesihatan maka perkongsian jarum berlaku.Jika seseorang penagih dadah mempunyai penyakit AIDS maka semua penagih dadah yang telah berkongsi jarum juga dijangkiti.Di Malaysia,kebanyakan orang yang mendapat penyakit AIDS terdiri daripada golongan penagih dadah.

Apabila seseorang penagih dadah yang ketagihan dadah,jika seseorang penagih dadah tidak dapat dadah,ia akan berasa keluh,kesah,menderita dan sebagainya.seseorang itu akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bekalan dadah,Di samping itu,seseorang yang mengambil dadah mempunyai imej yang buruk seperti berpakaian rosak,busuk dan sebagainya kerana baginya imej adalah tidak penting,yang penting adalah mendapat bekalan dadah untuk menghilangkan penderitaanya.Maka masalah keluarga telah berlaku,apabila seseorang kekurangan wang untuk membeli dadah,ia akan melakukan perkara jenayah seperti mencuri,merompak,meragut dan sebagai yang akan menyebabkan maut pada orang lain.Dalam institusi keluarga juga akan berpecah,jikalau suami merupakan seorang penagih dadah,dia akan minta duit dari isterinya jika tidak ada,suami akan memukul isterinya,di sampingan itu anak-anak yang tidak berdosa juga terlibat.

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah dadah.Penguatkuasaan undang-undang di Malaysia perlu diperkasakan lagi.Walaupun hukuman terhadap dadah adalah hukuman mati mandatory,namun gejala dadah ini masih berleluasa.Oleh itu,pihak polis perlu berkerjasama dengas masyarakat membantas najis dadah ini,pihak polis membuat rondaan terhadap kawasan gelap,seperti disko,kelab malam dan sebagainya supaya kegiatan dadah tidak berlaku.

Kerajaan melalui media massa untuk melancarkan kempen anti dadah untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan dadah.sebagai contoh,Agensi antidadah kebangsaaan(AADK) selalu menjalankan program pencegahan penagihan dadah untuk memberitahu masyarakat supaya jauhikan dadah,terdapat beberapa slogan seperti ‘’Jauhi dadah’’, ‘’bantras Najis dadah’’ dan sebagainnya untuk memberitahu masyarakat supaya tidak mengambil dadah.Kampen antidadah juga dibuat di peringkat sekolah redah,menengah dan kolej lain supaya dapat memberitahu kepada pelajar-pelajar dan remaja tentang keburukan dadah.

Kesimpulannya,kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bantras najis dadah supaya tidak membawa masalah social kepada kita dan Negara.selain itu,pendidikan terhadap keburukan dadah perlu diberikan kepada anak-anak bangsa Negara sejak dari sekolah rendah supaya mereka dapat menghindari dadah.

Disediakan oleh : Lai Cheng Yau (285902)

Friday, August 6, 2010

Rompakan






Pada zaman kini, tidak kira di mana-mana negara atau pun tempat, pasti akan berlakunya masalah seperti rompakan, pecah rumah, rasuah, kes buli dan sebagainya yang sering memberi gangguan kepada keamanan masyarakat. Malah di negara kita,Malaysia, rompakan adalah salah satu masalah yang sering berlaku terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Depavali dan sebagainya.Hal ini telah menyebabkan rakyat-rakyat negara kita sentiasa berada dalam satu keadaan yang rasa bimbang dan takut. Ini kerana kes rompakan bukan sahaja menyebabkan pemangsa menghadapi kehilangan harta benda malah ia juga akan menggugatkan keselamatan dan nyawa pemangsa-pemangsa.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kes rompakan ini berlaku.Salah satu daripada puncanya adalah kemelesetan ekonomi sesebuah negara. Apabila sebuah negara berlaku kemelesetan ekonomi, ia akan menyebabkan pelabur asing menarik diri dan syarikat-syarikat terpaksa memecatkan pekerja-pekerja bagi mengurang kos pengeluaran untuk memastikan syarikat boleh terus beroperasi. Jadi kadar pengangguran bagi negara itu akan meningkat dan ramai buruh kerja akan menghadapi masalah kehilangan pekerjaan. Dalam masa yang sama,mereka juga akan kehilangan sumber pendapatan mereka seperti gaji, elaun, dan sebagainya. Dengan ini, mereka akan kehilang sumber kewangan mereka dan dalam masa tidak lama kemudian mereka akan menghadapi masalah kewangan. Ini kerana barang-barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan lain-lain lagi perlulah dibayar dengan wang tunai. Jadi mereka yang menghadapi masalah kewangan akan terpaksa melakukan sesuatu untuk kehidupan,dan salah satu activiti yang boleh dapat wang dengan cepat and senang adalah merompak.

Selain daripada punca tersebut, pengaruh rakan sebaya juga adalah satu punca penyebabkan kes rompakan ini berlaku. Seseorang yang mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya boleh disebabkan oleh ajaran penjaga mereka yang longgar. Pada era yang amat memengtingkan wang ini, penjaga lebih fokus dalam pekerjaan mereka menyebabkan mereka kurang ambil berat tentang perkara anak-anak mereka. Anak yang kurang pemerhatian oleh ibu bapa mudah bergaul dengan rakan yang memberi kesenangan kepadanya tanpa mengira perangai rakan tersebut adalah baik atau tidak. Dengan ini, dia akan melakukan apa-apa sahaja yang dipesan oleh rakannya walaupun perkara itu adalah melanggar undang-undang supaya dapat di akukan oleh rakan tersebut.Selain itu,ada juga orang yang ingin menunjukkan keberanian diri kepada rakan-rakan mereka supaya tidak dianggap sebagai pengecut akan menlakukan perkara-perkara melanggar undang-undang tersebut seperti rompakan.

Kesan utama bagi rompakan ialah keamanan masyarakat akan terjejas. Apabila masyarakat terhadap sebuah negara terjejas,ia bukan sahaja membimbangkan penduduk-penduduk dan pelabur asing malah ia juga akan menjejaskan imej terhapap negara tersebut. Ini kerana kes rompakan bukan sahaja selalunya mencederakan orang malah ia juga akan menyebabkan orang kehilangan nyawa. Dengan ini, penduduk-penduduk akan berasa nyawa mereka tergugat. Oleh sebab ini, penduduk negara tersebut akan sentiasa beradaan dalam keadaan yang tidak tenteram dan rasa bimbang. Mereka juga tidak akan percaya kepada orang walaupun orang itu adalah staf kerajaan yang ingin menjalankan program-program berkenaan. Ini kerana mereka hanya ingin mempertahankan keselamatan diri supaya tidak diancam dan tidak memberi kerjasama. Bagi pelabur asing, apabila mereka mendapati negara tersebut tidak dapat menberi keamanan kepada mereka, mereka akan berasa kurang yakin untuk membuat pelaburan di negara tersebut. Maka, ia akan menpegaruh perkembangan negara tersebut seperti ekonomi menrosot. Apabila ekonomi sesebuah negara ini merosot, kadar pengangguran bagi negara tersebut akan meningkat dan ia akan menyebabkan kes-kes masalah sosial seperti rompakan, pecah rumah, curi dan masalah lain berlaku.

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah rompakan ialah watak ibu bada,ibu bapa hendaklah memberi kasih sayang dan mengambil berat tentang anak-anak mereka supaya mereka tidak berkawan dengan rakan yang berperangai buruk. Ibu bapa juga tanggungjawab memberi ajaran kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjauhikan activiti-activiti yang tidak sihat atau berfaedah. Selain kepentingan peranan ibu bapa, sekolah juga bertanggungjawab untuk mendidikan pelajar-pelajar supaya tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Contohnya, pihak sekolah boleh menekankan kepentingan moral, mengadakan kempen-kempen yang berkenaan seperti kempen anti kes jenayah, kempen menjauhi daripada penjara dan sebagainya. Bagi pelajar tahu tentang kehukuman dan sebagainya.Selain itu, pihak sekolah juga boleh memberi ceramah berkenaan masalah-masalah sosial, moral, dan lain-lain lagi supaya pelajar tidak melakukan kesalahan berkenaan.

Selain tanggungjawab pihak penjaga dan pihak sekolah,kerajaan juga boleh memainkan peranan yang cukup penting sekali. Pihak kerajaan boleh cuba menguatkan kuasa undang-undang negara tersebut seperti memberi hukuman rotan, hukuman penjara seumur hidup, hukuman denda yang banyak dan memberi hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang membunuh semasa merompak. Pihak kerajaan juga boleh memberi subsidi kepada penduduk-penduduk apabila berlakunya kemelesetan ekonomi supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa menghadapi masalah kewangan. Pihak polis perlulah sentiasa membuat rondaan bagi tempat-tempat yang sering berlaku rompakan supaya memastikan kes-kes tersebut tidak berlaku lagi dan nyawa penduduk tidak akan digugat. Selain daripada pihak kerajaan, kerjasama rakyat juga memainkan peranan yang amat penting. Apabila berlakunya kes rompakan ini, rakyat haruslah cuba memberi kerjasama mereka kepada pihak polis dan bukan hanya menggantung kepada pihak polis sahaja.

Kesimpulannya,”yang bulat tidak datang menggolek,yang pipih tidak datang melayang”maksudnya ialah, jika anda ingin mendapatkan sesuatu, perlulah anda memberi usaha anda, tiadalah ada seorang pun yang akan mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Jadi, janganlah sekali-kali membuat perkara yang melanggar undang-undang. Selain itu, untuk mengurangkan masalah rompakan ini berlaku bukan sahaja perkara satu pihak tetapi kerjasama semua pihak adalah amat di perlukan. Mempertahan dan memajukan negara adalah tanggungjawab bagi semua pihak,marilah kita sama-sama memperjuangkan negara kita.

Disediakan oleh:
SOH CHIN YONG
No Matrix:205941

Wednesday, August 4, 2010

Gangsterisme

Secara umunnya,gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktivitivi yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu.Mereka ini sanggup melakukan sesuatu tindakan yang salah di sisi undang undang demi mencapai kepuasan dan matlamat bagi dirinya.Kemunculan masalah gangsterisme di peringat sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti peras ugut ,ketagihan rokok atau dadah,poteng kelas ,vandalism ,pengaduhan kosip gelap dan sebagainya.Persoalannya,apakah punca dan langkah yang proaktif yang seharusnya diambil dengan segera untuk mengatasi masalah gangsterisme negara kita.
Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi jahat .Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok dan lain lain .

Di samping itu,faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.
Tambahan lagi,pengaruh media massa juga menjadi punca yang mendorong masalah gangsterisme ini terus berleluasa.Dalam era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan.Justeru,tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang dibawa dari negara barat.Contohnya,aksi,tindaklaku,perwatakan yang bersifat negatif,keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model bagi remaja.Dengan kata lain ,pembentukan personaliti,sikap dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni.
Oleh kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat,maka pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.

Antaranya ialah individu perlu berhati hati memilih rakan sebaya dalam pengaulan seharian.Kini,remaja lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk menyeronokkan.Jadi mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme kerana rakannya merupakan seorang gangster dan akhirnya juga diambil sebagai ahli kumpulan gangster tersebut.

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras kegiatan gangsterisme yang semakin beleluasa pada hari kini.Mereka perlu mengambil perhatian tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan seharian.Misalnya,ibubapa boleh terlibat dalam Persatuan Ibubapa Guru(PIBG)di peringat sekolah supaya dapat mengawal dan mengetahui tindaklaku,gerak geri anaknya dengan lebih berkesan dengan melalui perjumpaan pihak guru kauseling dan pentadbiran sekolah.Ibubapa juga mendedahkan didikan agama untuk menyedari para remaja tentang tindakan yang dilakukan adalah salah ataupun betul.
Masalah gangasterisme turut boleh diatasi jika media massa memaiankan peranan yang lebih proaktif.Contohnya ,pihak media massa sepatutnya menghentikan menyiarkan filem yang mengandungi isu negatif seperti keganasan dan bersifat jenayah. Hal ini kerana remaja mudah dipengaruhi dengan tindakan yang dilakukan oleh pelakon yang diminati tanpa mengira ia merupakan sesuatu yang salah di sisi undang undang.
Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan Jenayah supaya menbendung gejala ini dalam kalangan remaja. Hukuman keras wajib diberikan kepada pesalah tanpa mengira umur yang masih kecil.Tujuannya ialah menimbulkan perasaan ketakutan dalam kalangan remaja yang nakal.Pihak polis turut boleh bekerjasama dengan pihak sekolah dengan mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan gangsterisme.Tujuannya ialah memberitahu tentang keburukkan gangsterisme kepada para pelajar.
Kesimpulannya,,golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang membangun.Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan supaya membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif kepada masyarakat.

Disediakan oleh Lim Tzu Jiang 205898
(679 Perkataan)

ROGOL



Rogol adalah serangan seksual terhadap jantina berlainan ataupun sama yang dianggap sebagai jenayah yang sangat serius pada masa kini. Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana seseorang itu dipaksa untuk melakukan hubungan seksual dalam keadaan yang tidak rela. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" juga boleh merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Kajian menunjukkan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perempuan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 36 hingga 62 peratus mangsa keganasan seks ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun dan ke bawah. Kajian-kajian yang dijalankan di negara barat telah menyifatkan perogol sebagai seorang yang licik seperti belut. Mereka yang melakukannya adalah seseorang yang tidak disangka boleh berbuat sedemikian. Kebiasaannya mereka mempunyai dua personaliti yang berbeza.

Dorongan kepada rogol bukan disebabkan lambakan filem lucah yang mudah didapati di pasaran atau dimuat turun dari internet .Ia adalah disebabkan oleh nafsu lelaki yang tidak dapat dikawal pada masa itu.Jika kita mengatakan bahawa internet telah menyebabkan kes rogol berlaku,macam mana pula dengan manusia pada zaman dahulu?Adakah internet wujud pada masa itu?Pada hakikatnya, lelaki sebenarnya mempunyai keinginan seks yang tinggi.Nafsu yang tinggi mendorongkan mereka untuk melakukan gejala ini.Pemangsa-pemangsa bukan hanya daripada orang yang tidak berkenalan tetapi juga merangkumi orang yang mempunyai pertalian darah dengan perogol.Antaranya termasuk anak kandung ataupun kakak serta adik kandung. Biasanya,perogol tidak tertumpu kepada mana-mana kumpulan etnik dan sebarang lelaki boleh menjadi perogol. Umur perogol juga tidak khusus kepada peringkat tertentu dan kebanyakan daripada perogol tidak menyesal apa yang mereka lakukan.

Satu lagi punca ialah pemangsa-pemangsa yang telah dicabuli tidak berani untuk berdiri keluar dan menuduh perogol.Kebanyakan pemangsa memilih untuk mendiamkan diri dan mengelakkan diri daripada tragedi yang berlaku pada sendiri.Mereka beranggapan bahawa hal ini adalah memalukan dan tidak mahu berdepan dengannya.Sebenarnya perbuatan ini langsung tidak membawa manfaat kepada dirinya ataupun masyarakat,sebaliknya kesan-kesan yang lebih serius akan terjemah.Jika semua pemangsa tidak berani untuk menuduh dan melapor kepada pihak polis,maka lebih ramai yang akan terlibat dengan tragedi ini.Kes rogol akan terus berleluasa dan keselamatan wanita dalam masyarakat adalah semakin membimbangkan.

Walaubagaimanapun ,terdapat banyak cara yang dapat mengurangkan jenayah rogol dalam kalangan masyarakat. Salah satunya ialah didikan awal di rumah sejak kecil lagi.Ini dapat membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga supaya menghormati wanita.Ibu bapa dan pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk membetulkan cara didikan kanak-kanak.Selain itu, pemangsa-pemangsa yang dirogol harus mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah rogol.Jika tidak,perogol tersebut kemungkinan akan terus mencari pemangsa yang lain untuk melakukan jenayah ini.Ahli keluarga dan rakan-rakan turut memainkan peranan penting dalam membanteraskan kes jenayah ini.Jika terjumpa ada ahli keluarga atau rakan yang berkelakuan berbeza dengan biasa,maka amat besar kemungkinannya telah menjadi pemangsa.Pada masa ini,apa yang perlu buat ialah cuba berbual dan memahami masalahnya.Sekiranya mendapati pemangsa telah dicabul,nasihat perlu diberikan supaya melapor kepada pihak polis dengan segera.

Lantaran itu,pertubuhan badan bukan kerajaan seperti penubuhan pusat perlindungan yang menawarkan khidmat kaunselor dan kursus peningkatan pengurusan tempat perlindungan juga dapat membantu mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima kehidupan baru.Apabila bertemu dengan kes-kes ini, biasanya jiwa pemangsa akan terjejas dan terdapat pemangsa yang tidak dapat melupakan tragedi ini dan memilih untuk membunuh diri supaya terlepas daripada pengalaman teruk ini.Di kawasan kampung pula,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk boleh mangadakan aktiviti pemantauan dan pencegahan secara berterusan.Di kawasan bandar ,pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil tanggungjawab supaya memastikan persekitaran kawasan perumahan khususnya jalan atau lorong gelap. Kawasan seperti ini biasanya menjadi tempat penjenayah rogol mencari mangsa mereka.Rondaan polis perlulah dijalankan dengan lebih kerap demi menjagakan keselamatan kaum wanita .Contoh kes ialah Audrey Melisa yang dirogol ketika ke sekolah di laluan awam kerana ketiadaan lampu jalan.

Kesimpulannya jenayah ini haruslah dibanteras dan dikawal dengan baik.Jika tidak,keselamatan wanita akan amat membimbangkan.Semua pihak perlulah memberi kerjasama dan perhatian yang lebih terhadap jenayah ini.Pemangsa juga harus berani untuk berdepan dengan masalah serta berani untuk berdiri keluar untuk menuduh perogol.Gejala ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada individu tetapi seluruh negara.



Disediakkan oleh:THONG CHUN KIT(205877)
(666patah perkataan)

Monday, August 2, 2010

Mat Rempit


Remaja enggan mengikut peraturan isyarat trafik juga dikenali sebagai “mat rempit” bukan lagi suatu isu yang baru dalam Negara kita , sedangkan gejala ini telah wujud pada tahun 80-an dan awal tahun 90-an. Walau bagaimanapun, gejala ini tidak pernah berhenti daripada menular dan kini ia telah merebak ke seantero Negara. Penularan isu ini telah membimbangkan seluruh masyarakat. Terdapat rencaman perencah yang mendorong remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti merempit dan gejala mat rempit ini juga boleh mendatangkan pelbagai impak yang negatif terhadap masyarakat mahupun negara. Justeru, pelbagai strategi harus dirangka untuk menangani kemelut ini.

Salah satu faktor yang mendorong remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti merempit ialah pengaruh rakan sebaya. Selain keluarga terdekat, kawan merupakan orang yang paling remaja percaya dan sanjungi. Oleh itu, kawan mampu mempengaruhi minda, sikap, tabiat seseorang remaja. Kebanyakan remaja akan mengisi masa lapang mereka bersama kawan-kawan. Keadaan ini telah menyebabkan mereka mudah obses dengan perangai rakan mereka atau melibatkan diri mereka dalam aktiviti –aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang dilakukan oleh kawan –kawan mereka. Sebagai uswah, kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala mat rempit adalah akibat daripada pengaruh rakan sebaya, mereka sanggup mencuri motorsikal untuk mendapatkan alat –alat ganti dan sebagainya atas pengaruh rakan sebaya. Dengan ini jelaslah, pengaruh rakan sebaya memang boleh memusnahkan jati diri seseorang remaja.

Selain itu, kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan salah satu perencah yang mendorong remaja untuk melibatkan diri dalam gejala mat rempit. Pada zaman muasir ini, kebanyakan ibu bapa akan sibuk bekerja dari pagi hingga ke larut malam untuk menyara keluarga dan ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada anak- anak. Keadaan ini telah menyebabkan anak- anak mereka terabai. Kebanyakan ibu bapa akan membiarkan anak- anak mereka bersendirian di rumah dengan jagaan pembantu rumah. Apabila berseorangan di rumah, remaja akan berasa bosan dan terabai. Justeru, mereka akan keluar untuk mencari hiburan di luar rumah bagi menghilangkan rasa bosan. Sebagai tamsilan, mereka akan menyertai kumpulan mat rempit untuk mencari keseronokan di atas jalan raya tanpa memikirkan risikonya.

Di samping itu, perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri setiap remaja juga merupakan faktor wujudnya virus mat rempit ini. Naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuhi mereka telah mendorong mereka untuk mencuba sesuatu aktiviti yang baru, unik, dan menarik. Mereka berani melakukan apa- apa sahaja dan mudah berasa seronok serta mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba apa- apa yang dipaparkan dalam televisyen, internet, majalah dan media lain. Sebagai tamsilan, teknik- teknik menunggang motorsikal yang semakin sukar dan bahaya seperti teknik baring, teknik berdiri, teknik mengangkat roda serta teknik- teknik lain akan menarik minat remaja untuk belajar dan mencuba di atas jalan raya.

Gejala mat rempit juga mendatangkan banyak impak yang negative. Antara natijahnya ialah menyebabkan peningkatan dalam kemalangan jalan raya. Perbuatan merempit ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah ia juga boleh menyebabkan pengguna jalan raya yang tidak berdosa menjadi korban. Mat rempit suka beraksi di celah- celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Perbuatan ini telah mengakibatkan ramai yang menjadi mangsa kemalangan, ini termasuklah mat rempit dan minah rempit sendiri. Mereka sanggup mati katak hanya untuk keseronokan semata- mata.

Selain itu, gejala mat rempit ini juga boleh menyebabkan peningkatan dalam masalah jenayah. Mat rempit bukan sahaja terlibat dalam aktiviti lumba haram, tetapi mereka turut serta dalam kemelut sosial lain seperti pengedaran dadah, rogol, merompak, menghisap dadah dan sebagainya. Hampir semua mat rempit adalah berkumpulan atau berpuak. Oleh itu, mereka berani mencabar undang- undang dengan melakukan rencaman jenis kes jenayah. Sebagai uswah, wujud banyak kes ragut yang dilakukan oleh mat rempit sehingga menyebabkan mangsa ragut kehilangan nyawa yang berharga.

Untuk menghalang gejala ini daripada terus berleluasa, beberapa langkah harus diambil oleh kerajaan dan ibu bapa. Kerajaan harus menguatkuasakan undang- undang dengan lebih efektif . Hukuman yang lebih berat harus dikenakan terhadap mat rempit- mat rempit yang berjaya ditahan polis dan didapati salah disisi undang-undang. Sebagai contoh, hukuman penjara selama 3 tahun, hukuman sebat, hukuman membuat kerja- kerja amal selama 100 jam dan hukuman- hukuman lain yang setimpal dengan perbuatan mereka harus dikenakan terhadap mereka yang bersalah. Dengan adanya hukuman yang berat, mat rempit tidak akan berasa lali dan tidak berani membuat sesuatu yang melampaui undang- undang.

Selain itu, peranan dan tanggungjawab ibu bapa juga boleh menghalang penularan gejala mat rempit. Ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak agar mereka tidak berasa terabai. Pemantauan kedudukan anak- anak juga harus dilakukan oleh ibu bapa dari semasa ke semasa.Pendekatan ini boleh membantu ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka dengan lebih mendalam dan mengenali kawan- kawan mereka serta aktiviti- akiviti yang selalu mereka lakukan. Ibu bapa juga boleh mengatur dan mengisi masa lapang anak-anak mereka dengan aktiviti yang berfaedah agar mereka tiada masa yang berlebihan untuk aktiviti yang tidak berfaedah dan terlibat dalam lumba haram.

Sebagai intiha, remaja harus pandai membezakan antara permata dan kaca agar tidak tersasar daripada landasan hidup sempuna dan terjerumus dalam gejala mat rempit. Gejala ini hanya akan mendatangkan keburukan sahaja. Oleh itu, waspadalah mat rempit- mat rempit semua sebelum nasi menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



[843 patah perkataan]
Disediakan oleh:KOH SHU HOW [206125]